Pages

Friday 25 March 2011

CADANGAN 1

Selain menjalankan aktiviti beriadah di Tasik Proton City, penduduk tempatan juga dapat melihat himpunan hasil kraftangan yang dihasilkan daripada barangan terbuang. Ini dapat memberikan kesedaran dan memupuk minat penduduk untuk bersama-sama memulakan aktiviti kitar semula ini.

Segala barang terpakai yang sudah tidak mahu digunakan seperti pakaian, beg, kasut, cadar, langsir, permaidani dan sebagainya boleh didermakan dan dimasukkan ke dalam kotak kuning yang berlabel 'Clothing Bank'.

Craft Workshop merupakan bengkel di mana penduduk dapat bersama-sama menghasilkan kraftangan daripada bahan terbuang. Penduduk juga berpeluang mempelajari teknik-teknik untuk menghasilkan kraftangan yang boleh digunakan di rumah. Hasil kraftangan juga akan dijual. Bengkel ini dibuka secara percuma.

Charity Craft Shop pula merupakan gerai jualan amal yang menjual dan mengumpul segala hasil kraftangan yang dihasilkan daripada bahan terbuang yang telah dikumpulkan. Penduduk juga diberi peluang untuk menghasilkan hasil kreativiti mereka mencipta kraftangan daripada bahan terbuang dan boleh dijual digerai ini. 

Sekali tengok macam tapak expo je ek.. haha TAPI ni tak ye.. ini adalah 'Recycle Center'. Tujuan mendirikan Recycle Center ni adalah.. nak bagi kesedaran kat masyarakat kat dunia ni terutamanya yang dok kat kawasan terindah kat Tanjung Malim iaitu Proton City untuk sayangi alam sekitar ni :) Selain sediakan tong sampah 3 warna (yang untuk kaca, plastik, tin dan kertas tu) kat sini ada juga disediakan 'Cloth Bank' bertujuan untuk membuang atau menderma bahan berasaskan fabrik, kulit atau getah contohnya pakaian, kasut, curtain dan sebagainya lah.. kalau ada gebo yang dah tak guna pun boleh la bubuh kat dalam box ni. 

Bahan-bahan yang dikumpulkan semua akan dipilih. Mana yang elok akan di-magik-kan dijadikan sesuatu yang baru dan boleh la dijual. Kat Recycle Center ni juga disediakan gerai untuk menjual segala barangan kraftangan yang diperbuat daripada barang-barang yang dikitar semula. Hasil jualan akan disumbangkan untuk pembelajaran anak-anak Proton City dan kalau lebih, boleh la disalurkan kat mana-mana badan kebajikan. Bengkel untuk belajar buat barang kraftangan juga turut diadakan di sini. So, sapa-sapa yang ada bakat terpendam nak tunjuk kreativiti adalah sangat-sangat dialu-alukan :D 

p/s: sini bukan tempat untuk mengorat abang-abang Proton City ye cikgu-cikgu sekalian walaupun tujuan utama adalah untuk merapatkan hubungan warga Proton City dan pelajar UPSI. hehe :P




ELY SYAZANA BT MAHAT
D20072031045

3 comments:

  1. Nurul Bai'nah Bt Jailan28 March 2011 at 17:27

    Suka dengan idea ni..

    Clothing bank tu menarik.. Aktiviti kitar semula mmg menarik, tapi x ramai yang tahu nak buat cemane.. Eloklah ade bengkel untuk ajar dan bagi idea cemane nak kitar semula fabrik, kulit atau getah.Ade org kitar semula kasut jadi topi beb!!ini kisah benar :) pernah tertengok kat tv.
    Kitar semula –REUSE-salah 1 cara untuk selamatkan bumi kite.

    U GO GIRL…

    MOGE ADE USAHA UNTUK MERIALISASIKAN IMPIAN INI.
    Kejayaan yang besar, bermula dari 1 langkah mula yang penuk keyakinan.
    Sekian.

    p/s: aku dah lame suke cadar atau selimut yang orang jait dari lebihan kain perca, tapi x penah jumpe…..kalo ade stock..reservekan aku 1 ye..

    ReplyDelete
  2. rekaan yang menarik dan kreatif..bagus22

    ReplyDelete