Pages

Friday, 25 March 2011

CADANGAN 4

Sama seperti Yuhaila, tugas saya adalah untuk membuat beberapa cadangan persiapan tempat untuk fundraiser event di Tasik Proton City. 

Lokasi pilihan :)

Bertenang tuan-puan semua... design tak seberapa ni sekadar nak panaskan enjin je. Hehe :P 

Walaupun namanya ialah fundraiser event dan sepatutnya siap dilengkapi pentas, DJ dan orang berjual-beli. Hehe ini adalah sehari sebelum kejadian. Baru lepas susun-susun meja, kerusi dan kemas gerai. Anak-anak Proton City pun sopan je bergambar sebab penat mengemas. 

Haha nampaknya sampai ke sudah enjin tak panas-panas. Boleh jalan lah DL macam ni. Eh, tak... sapa tak nak DL woii :') OK, berbalik pada design, saya seorang yang sangat mementingkan kesederhanaan serta kekemasan di dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Harap Sir R boleh terima alasan ni. haha!

FARHANA BT ANUAR
D20072031085

CADANGAN 3


Ni keadaan asal tapak tok wat projek Community Service. Tempat ni memang kosong n lapang, so sebab tu ahli group spakat tok adekan something yang berguna tok masyarakat kat Proton City ni. Our plan is tok bg kawasan ni nmpak lbih meriah n masyarakat leh dok sme2 beraktiviti yg berfaedah. Lebih kurang tok rapatkan silaturahim antara masyarakat la...(@_@)..enjoy!!!



Ni idea pertama sy lbih kurang, so nnti bile dah siap projek ni keadaannya akan berkedaan seperti ni la, meriahkan??????Firstly mak ayah leh daftarkan anak-anak mereka kat kt org nyer Community Service ni, ms dftar tu kt org akn terangkan pasal program ni, apa aktiviti, mcm mn ktorg jalankan n so on. Dis is because tok bg parent gmbaran sebenar pasal Community Service ni, nnt ape2 jd blakang hari x la ssh ktorg mnjawb kat parent2ni. Lepas smue tu dah settle, anak-anak diorg leh join program ni. n satu lg, aktiviti yg ktorg rncang dalam program ni smue berfaedah tok kanak-kanak. hopefully segala mcm aktiviti ni bleh tlg dorg adapt something yg br dalam perkembangan diorg....Wacaaaa!!!..(@_@)..



Ni idea kedua of course, ni nmpak lebih formal sikit, sbb klu u all tgk tempat ni berkeadaan lebih proper campare to the first idea, tp still ngan idea open area. Klu nak tahu, salah satu aktiviti yg ktorg rancang tok program ni adalah aktiviti memasak tok kanak-kanak ni, bkn tok mak-mak ek, couze mak-mak dah master masak so bg anak-anak diorg plak, sbb tu la ade kitchen kat tgh2 padang tu. Tapi menunye simple2 je la, x la serumit menu2 mak kat umah tu, bkn ape nnt takut melayang semua barang2 kat kitchen ni dikerjakn budak-budak...hehehehe..so tok mengelakkan bnde tu berlaku, antara menu2 yg akan diorg masak adalah mcm wat senwich n so on bnde2 yg simple. At the same time we all till lg adekn tmpt diorg main, ni bkn ape kanak-kanak cpat boring dgn satu2 aktiviti so ms diorg boring tu bleh la dirog main ikut suka hati diorg tp till under jgaan o pngawasan ktorg...(@_@)..

Dis is the last idea dr sy, gmbrannye mcm ni la lbih krang ye bile dah habis masak ambek gmbr sme2 tok wat kngan, logik nye nnt kami bleh tunjuk kat others customer mcm mn program ni, lbih kurang tok bg gmbaran kasar..then food2 yg diorg masak ni akan dijual n diorg sndiri yg akan jual makann ni. Urmm sronokan program ni, selain blaja masak kanak-kanak jugak bleh blaja wat business, nnt bsr2 bleh jd business man n women yg berjaya so sape punye idea????( "macam bagus" that my letcrr punyer trdemark but other subject letcrr bkn dis subject nyer letcrr..hehehehe jgn marah). So tu la sdikit sebnayak idea drp sy n hopefully idea2 n plan yg drncang oleh our group mndapat sokongan drp mana-mana pihak yg terlibat. n dengan terlaksananya program ni hope dpt tolong warga Proton City memeriahkan lg kwsan ni. sekian......(@_@)...

YUHAILA BT YUSOFF
D20072031089

CADANGAN 2

Hai… saya akan bercerita tentang projek xtraBERganza  kami ni… seperti mana yang diketahui, lokasi community service kami  ni terletak di Tasik Proton City. Kumpulan kami telah sepakat untuk melaksanakan projek usahawan di tempat tersebut… kami akan melibatkan masyarakat di sana dengan dunia keusahawanan sekaligus  kearah perniagaan. Projek xtraBerganza saya ini bertumpu masyarakat di sana xpecially to kanak-kanak and teenagers.


Kids n teenagers kat Proton City boleh join community project  kami dengan register as a member dulu. Mereka akan menyediakan makanan untuk dijual kepada community setempat. Kalau dilihat kat pic tersebut, umah cendawan yang COMEI tu adalah tempat penyediaan dan tempat memasak makanan yang akan dijual.  Jangan salah anggap pula, our community project ini terbuka kepada boys juga..  

Community service yang kami anjurkan ini juga merapatkan hubungan parents  ngan anak-anak mereka sebab kami juga menggalakkan parents tuk join sekali dalam proses penghasilan makanan seperti biskut, kek dan sebagainya untuk dijual kelak. Selain itu juga, parents juga boleh ‘tinggalkan’ anak-anak  mereka kepada kami pada hujung minggu.  So, kids n teenagers kat PC ni akan ada xtvt yang bernilai and meaningful  pada hujung minggu mereka.

Akhir sekali, projek kami ni memang TERSANGAT  LAA BAGUS sebab kami menjalankan program kemasyarakatan kepada komuniti Proton City terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja yang merupakan TIANG NEGARA (ada penegasan yek disini)…

Sekian, terima kasih.

SITI MASTURA BT AHMED
D20072031017

CADANGAN 1

Selain menjalankan aktiviti beriadah di Tasik Proton City, penduduk tempatan juga dapat melihat himpunan hasil kraftangan yang dihasilkan daripada barangan terbuang. Ini dapat memberikan kesedaran dan memupuk minat penduduk untuk bersama-sama memulakan aktiviti kitar semula ini.

Segala barang terpakai yang sudah tidak mahu digunakan seperti pakaian, beg, kasut, cadar, langsir, permaidani dan sebagainya boleh didermakan dan dimasukkan ke dalam kotak kuning yang berlabel 'Clothing Bank'.

Craft Workshop merupakan bengkel di mana penduduk dapat bersama-sama menghasilkan kraftangan daripada bahan terbuang. Penduduk juga berpeluang mempelajari teknik-teknik untuk menghasilkan kraftangan yang boleh digunakan di rumah. Hasil kraftangan juga akan dijual. Bengkel ini dibuka secara percuma.

Charity Craft Shop pula merupakan gerai jualan amal yang menjual dan mengumpul segala hasil kraftangan yang dihasilkan daripada bahan terbuang yang telah dikumpulkan. Penduduk juga diberi peluang untuk menghasilkan hasil kreativiti mereka mencipta kraftangan daripada bahan terbuang dan boleh dijual digerai ini. 

Sekali tengok macam tapak expo je ek.. haha TAPI ni tak ye.. ini adalah 'Recycle Center'. Tujuan mendirikan Recycle Center ni adalah.. nak bagi kesedaran kat masyarakat kat dunia ni terutamanya yang dok kat kawasan terindah kat Tanjung Malim iaitu Proton City untuk sayangi alam sekitar ni :) Selain sediakan tong sampah 3 warna (yang untuk kaca, plastik, tin dan kertas tu) kat sini ada juga disediakan 'Cloth Bank' bertujuan untuk membuang atau menderma bahan berasaskan fabrik, kulit atau getah contohnya pakaian, kasut, curtain dan sebagainya lah.. kalau ada gebo yang dah tak guna pun boleh la bubuh kat dalam box ni. 

Bahan-bahan yang dikumpulkan semua akan dipilih. Mana yang elok akan di-magik-kan dijadikan sesuatu yang baru dan boleh la dijual. Kat Recycle Center ni juga disediakan gerai untuk menjual segala barangan kraftangan yang diperbuat daripada barang-barang yang dikitar semula. Hasil jualan akan disumbangkan untuk pembelajaran anak-anak Proton City dan kalau lebih, boleh la disalurkan kat mana-mana badan kebajikan. Bengkel untuk belajar buat barang kraftangan juga turut diadakan di sini. So, sapa-sapa yang ada bakat terpendam nak tunjuk kreativiti adalah sangat-sangat dialu-alukan :D 

p/s: sini bukan tempat untuk mengorat abang-abang Proton City ye cikgu-cikgu sekalian walaupun tujuan utama adalah untuk merapatkan hubungan warga Proton City dan pelajar UPSI. hehe :P




ELY SYAZANA BT MAHAT
D20072031045

MAKEOVER!

Proton City terletak kira-kira 5km dari Tanjung Malim, Perak. Proton City merupakan satu bandar terancang di mana bandar ini menyediakan kemudahan industri, komersil dan kediaman. Pelbagai kemudahan turut disediakan untuk komuniti seperti tempat letak kereta dan motor, taman permainan, masjid, tempat BBQ, taman asuhan kanak-kanak serta dewan serbaguna. 


Proton City is also expected to be home to students and staff of the Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), one of the country's oldest teachers' training institutions. eheemmm :D

So, untuk student community service project, kami memilih kawasan lapang di Tasik Proton City untuk didirikan sebuah bangunan yang berfungsi sebagai kelas masakan dan membuat kraf dari barangan terpakai untuk anak-anak Proton City. Kelas dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad, dan juga pada musim cuti sekolah.  Kanak-kanak ini akan mempelajari beberapa resepi dan membuat kraf tangan mudah bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Selain itu, kami turut mencadangkan agar fundraiser event diadakan untuk mengutip dana bagi kegunaan pembelajaran anak-anak Proton City. 


Pada kami, fudraising event ni tak perlu besar TAPI cukup untuk menarik penduduk Proton City, warga UPSI  dan penduduk sekitar Tanjung Malim untuk sama-sama berganding bahu memeriahkan majlis sambil melibatkan diri dalam komuniti. 

Diakhiri dengan gambar yang telah di-makeover untuk memberi gambaran tentang projek community service yang kami cadangkan. 

Ok, itu saja nak upload. Kami budak baru belajar. hehe :P


Regards,
Farhana Anuar.
Blog Administrator.

COMMUNITY SERVICE

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. 

Untuk makluman semua, kami telah ditugaskan untuk mencadangkan program student community service bagi penduduk Proton City, Tanjung Malim. Community service allows students to take an active part in their community and learn important lesson about civic duty. 

Bersihkan dinding yang diconteng juga boleh dianggap sebagai community service. Google sedikit mendukacitakan jadi gambar sedikit menipu TAPI dia lebih kurang macam gini lah. Kalau ye pun nak bergaya sambil buat kerja, janganlah pakai heels.. takut nanti end-up muka comey, berjalan macam orang tempang :P ok, tak kelakar. It's not that you can dress up and be sophisticated. You have to dress appropriately in community service because it will show that you are part of the community. 

Community service can be done through a classroom, student organization or to be a part of outreach by charitable community service organizations. Oleh itu, community service ni tak terbatas dalam kelas sahaja, aktiviti boleh dijalankan dimana-mana asalkan melibatkan masyarakat. Tujuan utama community service ini adalah untuk encourage pelajar untuk bersosial dengan masyarakat setempat dan juga melalui aktiviti pelajar juga dapat menyokong aktiviti masyarakat yang sedia ada :)

Jadi, kumpulan kami mengambil kata sepakat untuk membuat aktiviti berkaitan asas keusahawanan bagi cadangan community service untuk penduduk Proton City. 

Thursday, 24 March 2011

^_^

Dear all,

Thank you for visiting KH-MPV TEACHERS' TALE official blog.

This blog is created as a platform for KH-MPVs' students to express constructive ideas and opinions in improving students' community services.

Feel free to leave ideas and comments including your full name.

Your positive response is highly appreciated.


Thanks and best regards,
Farhana Anuar.
Blog Administrator.

FIRST POST

Dear all,

Let's hope this shall bring about change.





Regards,

















Clockwise: Yuyu.Elly.Moon.Fana